Home » » Petua mengenalpasti madu asli

Petua mengenalpasti madu asli

Written By e-champ on Saturday, August 2, 2014 | 7:02 PM

Kaedah Menguji Keaslian Madu

Nak tau macam mana nak kenal pasti madu asli atau pun tak? Caranya mudah saja, berikut beberapa tips menguji madu asli yang boleh dilakukan sendiri di rumah:
  • Letak di dalam peti sejuk beku (freezer), madu asli tak akan beku.
  • Titiskan madu pada kertas, madu asli tak mudah menyerap.
  • Madu asli yang disimpan dalam botol akan mengeluarkan bunyi 'pop' apabila tudung botol dibuka (cuma untuk tempoh awal penyimpanan di mana penutup tersebut tidak dibuka pada masa yang agak lama). Kalau dah lama atau dah pernah bukak penutup tersebut, bunyi tadi tidak terhasil.
  • Titiskan madu pada permukaan rata, (titis ye, bukan tuang) madu asli akan terbentuk seperti hemisfera, tapi madu campuran akan mudah meleleh.
  • Tuangkan air yang telah berisi madu dalam gelas, goncangkan atau pusing lawan arah jam, akan terbentuk seperti heksagon atau rupa seperti sarang lebah pada madu asli.
  • Tuangkan madu ke dalam cawan yang berisi air, madu tersebut akan membentuk lingkaran seperti sarang lebah juga.
  • Madu asli tidak akan disentuh oleh semut, so cuba la dedahkan amaun yang kecil kepada sang semut, kalau semut tu lari buat tak tau je, memang sah la madu asli. Tapi kalau botol madu pun semut dah kenduri, confirm madu tiruan.
  • Madu asli jika dituang, ia seperti tali, tidak putus alirannya.



Sumber: http://secretisrahsia.blogspot.com/2012/03/madu.html

0 comments:

Post a Comment